UtamaBeritaIbiden Labur RM2.5 Bilion Untuk Perluasan Operasi di Pulau Pinang

Ibiden Labur RM2.5 Bilion Untuk Perluasan Operasi di Pulau Pinang

Syarikat elektronik dan seramik terkemuka dari Jepun, Ibiden Co. Ltd menerusi anak syarikatnya, Ibiden Electronics Malaysia Sdn. Bhd., bakal memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang melalui projek perluasan fasiliti sedia ada.

Pengarah Urusan Ibiden Electronics Malaysia, Katsuhiko Hayashi berkata, projek yang dijangka siap pada tahun 2027 itu melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 bilion, yang merupakan sebahagian daripada pelan pelaburan bernilai 500 bilion Yen yang sebelum ini diumumkan bagi kemudahan syarikat tersebut di Jepun, termasuk Ono Plant dan Gama Plant.

Menurut beliau, Ibiden merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi menghasilkan produk substrat pembungkusan litar bersepadu (IC) generasi baharu yang menyokong teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pelanggan global syarikat.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Komtar.

Projek perluasan itu mencerminkan keyakinan berterusan Ibiden terhadap Pulau Pinang sebagai hab strategik bagi industri pembuatan semikonduktor berteknologi tinggi, sekali gus dijangka mengukuhkan lagi kedudukan negeri ini dalam rantaian bekalan elektronik global.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Pemangku Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Hideyuki Yazama; Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang, Datuk Loo Lee Lian; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ibiden Co. Ltd, Koji Kawashima; serta Pegawai Eksekutif Ibiden Electronics Malaysia, Eric Teoh.

Sementara itu, Chow menyambut baik pengumuman berkenaan dan menyifatkannya sebagai perkembangan positif yang tepat pada masanya untuk ekonomi Pulau Pinang.

Beliau berkata, projek tersebut membuktikan keyakinan berterusan syarikat multinasional terhadap ekosistem perindustrian negeri, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Pelaburan ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan pada masa sama mengukuhkan reputasi Pulau Pinang sebagai antara destinasi utama di Asia bagi industri semikonduktor dan pembuatan maju,” katanya.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments