Thursday, June 4, 2026
UtamaBeritaProjek Jalan Pintasan Ayer Itam–Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dijangka siap...

Projek Jalan Pintasan Ayer Itam–Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dijangka siap April 2027

Projek Jalan Pintasan Pakej 2 yang menghubungkan Ayer Itam dengan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu terus berjalan mengikut jadual semasa dan disasarkan siap pada April 2027.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, projek yang dianugerahkan pada tahun 2020 itu pada awalnya dijangka dapat disiapkan sekitar tahun 2023, namun jangkaan tersebut tidak pernah dimuktamadkan secara rasmi kerana kerja-kerja pembinaan masih berlangsung.

“Terdapat jangkaan awal bahawa projek berkenaan dapat disiapkan lebih awal sekitar tahun 2023, namun perkara itu tidak pernah dimuktamadkan secara rasmi kerana kerja-kerja pembinaan masih berjalan. Pada masa sama, kelewatan projek dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang melibatkan syarikat konsesi, manakala isu berkaitan pandemik COVID-19 tidak lagi boleh dijadikan alasan utama bagi kelewatan yang masih berlaku ketika ini.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pelancaran Muzik Video “Oh Malaysiaku” anjuran Persatuan Prihatin Komuniti Harmoni Pulau Pinang (CHC) di sini.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments