Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaMasjid Jamek Alma Jaya Ditutup SementaraDemi Kerja Naik Taraf

Masjid Jamek Alma Jaya Ditutup SementaraDemi Kerja Naik Taraf

BUKIT MERTAJAM, – Masjid Jamek Alma Jaya akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf infrastruktur yang kritikal.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, penutupan ini merupakan langkah strategik bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih bumbung dan infrastruktur yang daif dijalankan dengan sempurna.

Penutupan ini dibuat sebagai langkah strategik untuk menjalankan kerja baik pulih, termasuk pembaikan bumbung serta kemudahan lain yang telah uzur. Usaha ini bertujuan memastikan keadaan masjid lebih selamat dan selesa untuk kegunaan jemaah pada masa akan datang. 

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), projek tersebut bukan sekadar penambahbaikan fizikal, malah sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti Islam. 

Masjid berkenaan yang mempunyai kira-kira 20,000 anak kariah itu turut dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada perkembangan sosioekonomi serta menarik minat umat Islam untuk menetap dan melabur di kawasan sekitar. 

Sepanjang tempoh penutupan, pelaksanaan solat Jumaat akan dipindahkan ke dewan terbuka masjid serta beberapa surau berhampiran yang telah dikenal pasti bagi memastikan kelangsungan ibadah tidak terjejas. 

Langkah ini mencerminkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan kemudahan rumah ibadat sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif untuk kegunaan masyarakat setempat.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments