Friday, May 1, 2026
UtamaBeritaKetua Menteri ajak rakyat kekalkan perpaduan, tolak provokasi Aidilfitri.

Ketua Menteri ajak rakyat kekalkan perpaduan, tolak provokasi Aidilfitri.


GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyeru seluruh masyarakat, khasnya di Pulau Pinang supaya terus memelihara perpaduan dan keharmonian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menegaskan bahawa sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia telah melalui pelbagai fasa pembangunan sehingga mencapai kemajuan hari ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan keamanan terus terpelihara di samping mengekalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Menurutnya, setiap hak dan kepentingan rakyat perlu dihormati serta dilindungi demi kesejahteraan bersama.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu supaya bertindak secara rasional dan tidak menjejaskan keharmonian masyarakat. Perbezaan pandangan, sama ada dalam politik atau isu semasa, harus disalurkan melalui saluran yang betul tanpa mencetuskan ketegangan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasi, termasuk penyebaran maklumat tidak tepat atau diputarbelitkan.

Mengakhiri ucapannya, beliau berharap semangat Aidilfitri dapat menjadi pemangkin untuk terus mengukuhkan perpaduan rakyat serta memastikan kestabilan dan kemakmuran negeri dan negara.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments