TANJONG BUNGA – Sebahagian Jalan Tanjong Tokong Lama sepanjang 124 meter ditukar nama kepada Jalan Shaik Ibrahim adalah bagi mengiktiraf dan mengenang jasa serta sumbangan Shaik Ibrahim di negeri Pulau Pinang khususnya kepada penduduk di kawasan Tanjong Tokong.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, permohonan pertukaran nama jalan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nama Geografi Negeri (JNNG) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh beliau sendiri pada 4 Disember 2025.


Sebahagian Jalan Tanjong Tokong Lama di Tanjong Bunga sepanjang 124 meter telah ditukar nama kepada Jalan Shaik Ibrahim sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan tokoh berkenaan kepada masyarakat setempat.
Cadangan penamaan semula jalan tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nama Geografi Negeri pada Disember 2025 sebelum diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Februari 2026.
Menurut Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, langkah ini juga bertujuan mengiktiraf peranan Shaik Ibrahim yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) sekitar tahun 1930 hingga 1934.
Selain itu, nama Jalan Shaik Ibrahim sebenarnya telah lama digunakan oleh penduduk setempat sejak awal abad ke-20, termasuk sebagai lokasi pasar dan madrasah, namun tidak direkodkan secara rasmi sebelum ini.
Difahamkan, Shaik Ibrahim merupakan seorang dermawan yang banyak menyumbang kepada masyarakat, selain pernah menjadi editor akhbar tempatan dan menerima pengiktirafan “Justice of Peace” pada era 1940-an.
Tambah Zairil, berdasarkan sumber maklumat daripada penduduk setempat, Jalan Shaik Ibrahim sebelum ini pernah digunakan sebagai kawasan tapak pasar pagi, pasar malam dan Madrasah At-Taqwa sekitar tahun 1925.
“Hal ini membuktikan bahawa sebutan Jalan Shaik Ibrahim ini telah wujud sejak dahulu Iagi.
“Tetapi, jalan ini didaftarkan dalam data nama jalan ke Jalan Tanjong Tokong Lama semasa pembangunan Pangsapuri Warisan Tanjong pada 2014
“Berdasarkan semakan oleh MBPP, nama Jalan Shaik Ibrahim tidak wujud di dalam rekod nama jalan jabatan.
“Sehubungan dengan itu, untuk mengelakkan kekeliruan penduduk, Jalan Shaik Ibrahim dikembalikan semula dan didaftarkan secara sah didalam rekod jabatan sebagai nama jalan yang telah diluluskan,” ulasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga.

