Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaPerdana Menteri sumbang 14,000 ekor ayam kepada kariah 29 masjid di Permatang...

Perdana Menteri sumbang 14,000 ekor ayam kepada kariah 29 masjid di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan 14,000 ekor ayam untuk diagihkan kepada 29 masjid di sekitar Permatang Pauh, di sini, hari ini.

Setiap masjid akan menerima agihan antara 500 ke 700 ekor mengikut jumlah kariah bagi setiap kawasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan sebanyak 14,000 ekor ayam kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan tersebut diagihkan menerusi 29 buah masjid di kawasan berkenaan, dengan setiap masjid menerima antara 500 hingga 700 ekor ayam bergantung kepada jumlah kariah.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang Pauh, bertujuan meringankan beban rakyat menjelang perayaan.

Selain itu, pengagihan turut dilakukan di lokasi seperti Yayasan Aman, di mana ratusan ayam habis diagihkan dalam tempoh singkat kerana sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Para penerima meluahkan rasa syukur kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan, khususnya dalam menyediakan juadah Aidilfitri.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments