Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaJPJ memantau 18 lokasi ‘hotspot’ di Pulau Pinang, sasar pengurangan kemalangan sebanyak...

JPJ memantau 18 lokasi ‘hotspot’ di Pulau Pinang, sasar pengurangan kemalangan sebanyak 10 peratus

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan memberi tumpuan kepada 18 lokasi ‘hotspot’ di seluruh negeri menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2026 yang berlangsung dari 13 hingga 29 Mac ini, dengan sasaran menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 10 peratus.

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, penguatkuasaan akan dipertingkat terutama di laluan ‘hotspot’ melibatkan lima daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS), Timur Laut dan Barat Daya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan memberi tumpuan kepada 18 lokasi ‘hotspot’ kemalangan di seluruh negeri sempena pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2026.

Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 10 peratus, berdasarkan perbandingan statistik tahun sebelumnya.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, pemantauan akan dipertingkat di kawasan berisiko tinggi yang merangkumi lima daerah utama iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya.

image 122
JPJ memantau 18 lokasi ‘hotspot’ di Pulau Pinang, sasar pengurangan kemalangan sebanyak 10 peratus 2

Beliau berkata demikian pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Singgah Sahur Bersama Anggota Penguatkuasa JPJ negeri di Plaza Tol Bukit Tambun arah Utara di sini, lewat malam tadi.

Hadir sama, EXCO Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Goh Choon Aik.

Menurut beliau, seramai 245 anggota akan ditugaskan sepanjang Op HRA dengan rondaan dijalankan selama 16 jam sehari di laluan ‘hotspot’, manakala operasi akan dilaksanakan 24 jam ketika tempoh larangan penuh.

“Anggota akan ditempatkan di ‘point operative’ sepanjang laluan ‘hotspot’ dan melakukan rondaan berterusan bagi memastikan pemantauan dibuat sepanjang masa,” katanya.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments