GEORGE TOWN, 16 Mac – Seramai 100 orang penerima daripada golongan berpendapatan rendah menerima baucar Pasar Raya Mydin bernilai RM100 bagi membeli barangan keperluan harian menerusi Program Bantuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Semangat Malaysia Pulau Pinang (PKSMPP).
Penerima berpeluang mendapatkan barangan dapur asas seperti beras, minyak masak serta keperluan harian lain sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri.
Melalui baucar pasar raya itu, penerima boleh mendapatkan pelbagai barangan dapur dan keperluan harian seperti beras, minyak masak serta barangan asas lain bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Inisiatif ini secara tidak langsung membantu mengurangkan beban perbelanjaan golongan yang memerlukan menjelang musim perayaan.
Pengerusinya, Shafiz Rahim Raja, berkata program tersebut merupakan usaha tahunan yang bertujuan membantu masyarakat kurang berkemampuan agar dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana lebih ceria bersama keluarga.

Menurut beliau, walaupun bantuan yang diberikan mungkin kecil, ia tetap memberi makna besar kepada penerima, khususnya dalam membuat persiapan perayaan.
Tambahnya lagi, kejayaan program itu juga menunjukkan semangat kerjasama masyarakat apabila badan kebajikan, sektor swasta dan penaja berganding bahu dalam membantu golongan memerlukan.

