Penang nak pecah rekod Book of Record Malaysia menanam 1 JUTA pokok pada 22 April 2024 ni!!!
video di https://vt.tiktok.com/ZSFuy9kVU/

Sempena Hari Bumi 2024, Tuan Yang Terutama (TYT) TYT Penang melancarkan projek tanam sejuta pokok sebagai usaha untuk menentang pemanasan global. Projek ini menyeru seluruh warga Negeri ini untuk turut serta menanam pokok sekaligus dapat menghijaukan Pulau Pinang.
Program menanam pokok secara besar-besaran dalam satu hari ini bertujuan menggalakkan rakyat Pulau Pinang menyumbang kepada kehijauan alam sekitar di negeri ini serta melengkap inisiatif kerajaan negeri dalam mencapai sasarannya, sekaligus melaksanakan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), selaras dengan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan).
TYT Tun menyeru agar setiap lapisan masyarakat, sektor kerajaan, badan korporat, dan sukarelawan mengambil bahagian dalam program ini di mana sahaja mereka berada bagi memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok serta menyokong komitmen kerajaan dalam mengekalkan litupan kawasan hijau terutamanya di Pulau Pinang, demi masa hadapan semua.
Menariknya, para peserta yang akan menyertai program penanaman pada Hari Bumi perlu mengambil gambar atau video penyertaan dan muatnaik ke platform yang telah disediakan sebagai bukti penanaman bagi divalidasikan oleh pasukan Malaysia Book of Records dan Yayasan Amal TYT.
Isi borang dibawah dan sama-sama kita kembali hijaukan Bumi.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdiVxDaal2ZSwhhNoaiuzrDAWjdbR8qyBnby3o06a4foLN_UA/viewform

