Wednesday, April 29, 2026
UtamaUncategorizedPeruntukan RM220,000 bagi kerja penurapan jalan berhampiran Taman Jajar Sungai Ara

Peruntukan RM220,000 bagi kerja penurapan jalan berhampiran Taman Jajar Sungai Ara

BATU MAUNG,7 Mac – Kerja menurap sebahagian jalan berhampiran Taman Jajar di Sungai Ara akan dilaksanakan melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) ke-10 bagi kawasan Parlimen Bayan Baru.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata projek tersebut dilaksanakan selepas menerima aduan daripada penduduk mengenai keadaan jalan yang rosak dan berlopak sehingga menimbulkan risiko keselamatan kepada orang ramai. 

image 61
Peruntukan RM220,000 bagi kerja penurapan jalan berhampiran Taman Jajar Sungai Ara 3

Menurut beliau, keadaan jalan menjadi lebih berbahaya terutama ketika hujan kerana permukaannya becak dan licin. Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM220,000 disediakan bagi menjalankan kerja penurapan agar laluan berkenaan lebih selamat digunakan. 

Selain penurapan jalan, projek tersebut turut melibatkan usaha menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan penduduk setempat. 

image 62
Peruntukan RM220,000 bagi kerja penurapan jalan berhampiran Taman Jajar Sungai Ara 4

Beliau turut memaklumkan bahawa projek tersebut menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan PMR di Parlimen Bayan Baru mencecah kira-kira RM1.4 juta bagi penggal Parlimen ke-15.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments