Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaJalinan Kasih MADANI Bantu 60 Keluarga Sambut Raya Lebih Bermakna

Jalinan Kasih MADANI Bantu 60 Keluarga Sambut Raya Lebih Bermakna

BUKIT GELUGOR, 4 Mac – Seramai 60 penerima daripada golongan berpendapatan rendah menerima sumbangan barangan asas menerusi Program Jalinan Kasih MADANI, dalam usaha membantu meringankan beban kewangan mereka di bulan Ramadan serta menjelang Aidilfitri.

Inisiatif tersebut memberi impak langsung kepada penerima apabila keperluan harian seperti beras, minyak masak dan barangan dapur asas sedikit sebanyak dapat ditampung.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) T. Visvenathan, berkata sumbangan berkenaan merupakan tanda keprihatinan dan kebersamaan masyarakat dalam memastikan tiada yang tercicir menjelang musim perayaan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat memberi kegembiraan serta menyuntik rasa dihargai dalam setiap keluarga yang menerimanya. Semoga ia membawa senyuman kepada keluarga yang menyambut Aidilfitri nanti,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Delima dan Medan Angsana dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gelugor, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 1 Mac lalu itu turut menjadi platform memperkukuh jaringan sokongan komuniti dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Program berkenaan jelas mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkasa kesejahteraan komuniti serta memperkukuh semangat saling membantu dalam masyarakat majmuk.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments