Wednesday, April 29, 2026
UtamaBeritaHAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah - Fahmi

HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi

Putrajaya: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bakal berlangsung di Pulau Pinang pada bulan Jun ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sambutan itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lokasinya di Pulau Pinang… tetapi ada sedikit perubahan pada tarikh dan (kita) sedang membuat pengesahan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama penggiat media dan pempengaruh di sini pada 28 february.

Sambutan HAWANA 2025 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, yang menjadi platform penting dalam menghargai peranan pengamal media di Malaysia selain memperkukuh ekosistem kewartawanan.

Bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika”, perhimpunan terbesar pengamal media Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Bernama sebagai agensi pelaksana.

Sebelum ini, sambutan HAWANA ini pernah diadakan di Melaka, Ipoh dan Kuching.

Terdahulu, Anwar tiba di Kompleks Seri Perdana pada 6.20 petang dan meluangkan masa mendengar tazkirah ramadan bertajuk Ramadan: Fastabiqul Khairat (Berlumba Mengejar Kebaikan) yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Selesai berbuka puasa, Perdana Menteri bersama dengan kepimpinan tertinggi dan warga media menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Editor Sinar Islam Ustaz Muhamad Tarmize Mohd Nor.

Sumber:Bernama

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments