Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaRM191.8 Juta Perkasa Kesihatan Pulau Pinang

RM191.8 Juta Perkasa Kesihatan Pulau Pinang

SUNGAI BAKAP, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM191.8 juta bagi memperkukuh sektor kesihatan negeri, termasuk rancangan pembangunan semula Hospital Sungai Bakap (HSB) yang bakal digantikan dengan kompleks perubatan moden demi memenuhi keperluan rawatan masa hadapan.

image 11
Menurut Chow, rundingan bersama KKM sedang giat dijalankan bagi memuktamadkan tapak pembangunan semula HSB.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata rundingan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) sedang giat dijalankan bagi memuktamadkan tapak pembangunan semula hospital berusia lebih 130 tahun itu.

Menurut Chow projek berimpak tinggi tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan rakyat menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang moden, pantas dan berkualiti.

“Ini adalah komitmen berimpak tinggi untuk menggantikan fasiliti berusia seabad ini dengan kompleks perubatan moden yang mampu mendepani cabaran kesihatan masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Warga HSB, di sini semalam.

image 12
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Gooi Zi Sen.

HSB yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan merupakan antara hospital kluster penting yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti setempat.

Dalam perkembangan sama, Chow memaklumkan kejayaan menyiapkan klinik pergigian baharu serta menaik taraf Jabatan Kecemasan hospital berkenaan merupakan langkah awal ke arah transformasi menyeluruh sektor kesihatan negeri.

Peruntukan RM191.8 juta itu turut meliputi usaha memulihkan klinik desa di kawasan terpencil serta mewujudkan sebuah Wellness Hub serba canggih bagi memastikan kemudahan kesihatan yang inklusif dapat dinikmati seluruh rakyat Pulau Pinang.

Sumber:Malaysia aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments