Lokasi Iftar yang sangatlah berbaloi untuk anda cuba tahun ini.. Semuanya ada di sini.. Harga mampu dimiliki, InsyaAllah gerenti sangat puas hati berbuka puasa bersama rakan dan famili..
Sempena Ramadan ini, Iconic Marjorie Hotel, Penang, a Tribute Portfolio Hotel memperkenalkan Jom Iftar!, bufet berbuka puasa yang menampilkan gabungan hidangan warisan dan cita rasa tempatan.




Berlokasi di Tiffin Hall, bufet ini menyajikan pelbagai menu pilihan seperti ulam-ulaman kampung bersama sambal tradisional, ikan masin dan pekasam, aneka kerabu Nusantara, serta hidangan wajib Ramadan termasuk lemang, ketupat daun palas, sup ekor berempah dan bubur lambuk.
Pengunjung turut boleh menikmati stesen masakan langsung dengan kambing panggang, ikan bakar dan ayam tandoori, selain pelbagai pencuci mulut tradisional, manisan berasaskan durian juga aneka manisan Arab lunafa dan lain-lain..







Nak cerita kat hangpa memang banyak sangat menu menarik dan menyelerakan , hangpa tengoklah foto-foto yang kami kongsikan..🫰
Bagi yang ingin menikmati tawaran istimewa, harga Early Bird RM138+ ditawarkan dari 10 Januari hingga 10 Februari. Harga bufet biasa pula bermula RM168+ dewasa, RM118+ warga emas dan RM88+ kanak-kanak.
Untuk tempahan, boleh menghubungi +604-688 9888.









