Saturday, April 18, 2026
UtamaBeritaBatik Air perkenal tambang tetap sempena Tahun Baharu Cina

Batik Air perkenal tambang tetap sempena Tahun Baharu Cina

Kuala Lumpur, 27 Januari : Batik Air hari ini melancarkan kempen ‘Tambang Tetap untuk Pulang Beraya’ sempena sambutan Tahun Baru Cina bagi menjadikan perjalanan perayaan di seluruh Malaysia lebih mudah, boleh dirancang dan bebas tekanan.

Kempen ini menawarkan harga yang telah ditetapkan lebih awal kepada penumpang menjelang musim perayaan puncak, sekali gus membolehkan perjalanan pulang ke kampung halaman dapat dirancang sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya melancarkan kempen ini bagi mengurangkan kerisauan penumpang berkait harga tiket penerbangan yang akan dibeli oleh mereka.

Katanya, penumpang boleh menikmati tambang tetap dari Kuala Lumpur/Subang ke Kuching sehala bermula serendah RM318, serta ke Kota Kinabalu dengan tambang sehala bermula RM378.

“Tempoh tempahan dibuka dari sekarang sehingga 13 Februari 2026, dengan tempoh perjalanan dari 13 hingga 16 Februari 2026.

“Tambang yang ditawarkan adalah mudah, berpatutan dan fleksibel supaya orang ramai boleh merancang perjalanan mereka tanpa tekanan dan menumpukan sepenuh perhatian untuk bersama orang tersayang,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Tambang Tetap untuk Pulang Beraya’ di ibu negara, hari ini.

Hadir sama pada majlis ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan; Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Pegawai Ekesekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Mengulas lanjut, Chandran turut mengumumkan Batik Air akan menambah penerbangan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang bermula 12 hingga 14 Februari depan dan Johor Bahru ke Sibu bermula 13 hingga 15 Februari 2026.

“Tambang sehala bermula RM388 ke Pulau Pinang dan RM588 ke Sibu, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada penumpang sepanjang musim perayaan,” katanya.

Dalam majlis ini, Chandran juga program perjalanan baharu untuk pelajar dikenali sebagai ‘Batik Student Fare’ bagi menyokong pelajar, pensyarah dan komuniti kampus.

Katanya, inisitif ini menawarkan diskaun perjalanan sepanjang tahun bagi memudahkan pelajar dan pendidik.

“Program ini mencerminkan komitmen jangka panjang Batik Air dalam memperkasakan generasi akan datang, dengan membantu mereka mengakses peluang di dalam dan luar negara,” katanya.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments