Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye mengadakan sesi perkongsian bersama Ahli-Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026, yang diketuai Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Edry Faizal Eddy Yusof.
Dalam sesi tersebut, Jason berpeluang mendengar aspirasi serta pandangan golongan muda, selain berkongsi pengalaman beliau sebagai Exco yang mengendalikan portfolio Kerajaan Tempatan serta Perancangan Bandar dan Desa.
Perkongsian itu turut memberi gambaran kepada peserta mengenai peranan dan proses pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri.
Beliau berharap pendedahan tersebut dapat membantu anak muda memahami dengan lebih dekat sistem pentadbiran negeri, di samping menggalakkan mereka menyuarakan pandangan serta idea berkaitan pembangunan Pulau Pinang.
Jason turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026.

