UtamaBerita714 Pesawah Dan Petani Sayur SPS Terima Bantuan Sara Hidup One-Off

714 Pesawah Dan Petani Sayur SPS Terima Bantuan Sara Hidup One-Off

Seramai 714 pesawah padi dan petani sayur di Seberang Perai Selatan (SPS) menerima manfaat menerusi Program Penyerahan Bantuan Sara Hidup One-Off Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Acheh.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan, Dato’ Haji Rashidi Zinol berkata, bantuan tersebut merupakan antara usaha Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan komuniti tani yang memainkan peranan penting memastikan bekalan makanan kepada rakyat terus mencukupi.

Menurut beliau, penyerahan bantuan bagi Seberang Perai Tengah (SPT) telah selesai sebelum diteruskan ke SPS dan seterusnya ke daerah-daerah lain di seluruh Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian kepada kebajikan pesawah dan petani, di samping memperkasa sektor pertanian serta keterjaminan makanan negeri.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments