UtamaBeritaRM75,167 Wakalah Agihan Zakat Disalurkan Kepada 12 Formasi Dan Pasukan ATM

RM75,167 Wakalah Agihan Zakat Disalurkan Kepada 12 Formasi Dan Pasukan ATM

Sebanyak RM75,167 wakalah agihan zakat diserahkan kepada 12 formasi dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Jelajah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Serahan Wakalah Agihan Zakat Bersama ATM Tahun 2026 di Kem Tun Razak.

Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Agihan tersebut melibatkan pasukan daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia bagi menyokong program kerohanian serta pembangunan agama dalam kalangan warga ATM.

Program itu turut menjadi platform memperkukuh kerjasama antara MAINPP, Zakat MAINPP dan ATM, selain meningkatkan kefahaman mengenai kewajipan zakat serta kebajikan warga pasukan.

Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga ATM atas khidmat bakti dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara.

Beliau berharap kerjasama antara institusi zakat dan ATM terus diperkukuh supaya amanah zakat dapat dimanfaatkan secara berkesan, selari dengan agenda Transformasi Asnaf Melalui Zakat dan APAI2030.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments