UtamaBeritaPulau Pinang Tunggu Tuntutan Rasmi Kedah Sebelum Beri Maklum Balas

Pulau Pinang Tunggu Tuntutan Rasmi Kedah Sebelum Beri Maklum Balas

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus mengekalkan pendirian untuk menunggu sebarang tuntutan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kedah berhubung isu semakan kadar bayaran pajakan Pulau Pinang sebelum mengambil sebarang tindakan atau memberikan maklum balas lanjut.

Pendirian tersebut ditegaskan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah yang memaklumkan bahawa semua dokumen sejarah, kajian dan asas perundangan berkaitan tuntutan tersebut telah disiapkan.

Menurut Kon Yeow, sehingga kini Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum menerima sebarang tuntutan rasmi, justeru adalah terlalu awal untuk membuat sebarang ulasan mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya akan memberikan respons selepas tuntutan rasmi diterima, sama ada melalui saluran mahkamah mahupun terus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Kon Yeow menegaskan bahawa pendirian Kerajaan Negeri kekal tidak berubah dan akan meneliti segala perkara yang dikemukakan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah dilaporkan memaklumkan bahawa hasil kajian serta penyelidikan berkaitan tuntutan tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan mendapat persetujuan untuk dijadikan asas kepada tuntutan yang bakal dikemukakan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments