UtamaBeritaKerajaan Negeri Salur RM3.286 Juta Bantu 6,572 Petani Perkukuh Keterjaminan Makanan

Kerajaan Negeri Salur RM3.286 Juta Bantu 6,572 Petani Perkukuh Keterjaminan Makanan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM3.286 juta bagi menyalurkan Bantuan Sara Hidup kepada 6,572 petani yang layak di seluruh negeri sebagai usaha memperkukuh sektor agromakanan dan menjamin bekalan makanan negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bantuan RM500 secara one-off yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri itu akan memanfaatkan 5,567 pesawah padi dan 1,005 petani tanaman sayuran.

Beliau berkata, inisiatif tersebut merupakan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan besar golongan petani dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

Sehingga tahun 2026, Pulau Pinang mempunyai 11,858 hektar kawasan tanaman padi aktif yang diusahakan oleh 5,567 pesawah dengan purata pengeluaran 4.69 tan metrik sehektar, manakala seramai 1,005 petani tanaman sayuran berjaya menghasilkan 10,648 tan metrik sayuran sepanjang tahun 2025, sekali gus membuktikan peranan penting sektor pertanian kepada ekonomi dan keselamatan makanan negeri.

Chow berkata, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh sektor agromakanan melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk penggunaan teknologi, amalan pertanian moden dan kerjasama erat dengan Jabatan Pertanian, MARDI serta agensi berkaitan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha berterusan ini selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sektor pertanian kekal mampan, memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani di Pulau Pinang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments