Wednesday, June 24, 2026
UtamaBeritaKerajaan Negeri Perkukuh Pembangunan Pesisir George Town Melalui Projek Historic Seafronts

Kerajaan Negeri Perkukuh Pembangunan Pesisir George Town Melalui Projek Historic Seafronts

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh usaha pembangunan semula kawasan pesisir bandar bersejarah melalui projek “Activating George Town Historic Seafronts” yang akan memfokuskan laluan dari Terminal Feri Raja Tun Uda sehingga ke Padang Kota Lama.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik dalam menghidupkan semula kawasan tepi laut George Town sebagai ruang awam yang lebih dinamik, mesra pengunjung serta beridentiti warisan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah mengadakan perbincangan khas bersama Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook bagi membincangkan pelaksanaan projek berkenaan.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan projek supaya dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkukuh daya tarikan pelancongan dan ekonomi bandar.

729016064 1518362609760732 3152874889305925187 n
Kerajaan Negeri Perkukuh Pembangunan Pesisir George Town Melalui Projek Historic Seafronts 2

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pasukan daripada Think City Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Dato’ Hamdan Abdul Majeed.

Kerjasama strategik ini diharap dapat mempercepatkan proses perancangan dan pelaksanaan, di samping memastikan pembangunan yang dirancang kekal mampan serta mengekalkan nilai sejarah dan warisan di kawasan pesisir George Town.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments