Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaIftar Rakyat, Meraikan Semangat Kebersamaan

Iftar Rakyat, Meraikan Semangat Kebersamaan

BAYAN LEPAS, 27 Feb – Majlis Iftar Rakyat Bersama Warga Pendidik Daerah Barat Daya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bayu, Teluk Kumbar, di sini kelmarin bukan sekadar acara berbuka puasa malah sebagai platform menghormati peranan pendidik yang menjadi tunjang pembentukan masa depan anak-anak negeri, khususnya di kawasan Daerah Barat Daya, kata Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

“Kehadiran saya pada petang yang mulia ini adalah untuk meraikan semangat kebersamaan dan memberi penghormatan kepada barisan pendidik yang memegang amanat membentuk masa depan anak-anak negeri kita.

“Di bawah aspirasi Visi Penang2030 pembangunan negeri bukan hanya tertumpu kepada teknologi dan infrastruktur, sebaliknya perlu disokong oleh sentuhan kemanusiaan seorang guru,” katanya.

Menurutnya, sehebat mana pun teknologi dibangunkan ia tidak akan bermakna tanpa peranan guru.

“Teknologi memberi akses tetapi gurulah yang memberi arah serta nilai,” ujarnya.

image 154
Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri sentiasa cakna menyalurkan peruntukan tertentu agar ia dapat memudah cara suasana pembelajaran yang lebih selesa serta kondusif.

Dalam majlis sama, turut disampaikan sumbangan sekali beri berupa baucar RM100 kepada 114 murid prasekolah berpendapatan per kapita bawah RM700 dengan jumlah keseluruhan RM11,400.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Fahmi Zainol, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Dato’ Azrul Mahathir Aziz serta isteri Dr. Norhailee Abdul Rasid.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments