Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaTol 50 peratus kelas 1 pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang

Tol 50 peratus kelas 1 pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang

BATU KAWAN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mengumumkan diskaun tol 50 peratus kepada pengguna sempena Tahun Baharu Cina 2026 pada Sabtu dan Ahad ini.

JKSB dalam kenyataan memaklumkan, diskaun itu untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Diskaun itu bermula 12.01 tengah malam Sabtu (14 Februari) hingga 11.59 malam Ahad (15 Februari),” menurut kenyataan itu menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju memberikan diskaun 50 peratus untuk tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari.

Diskaun itu terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 pada semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang, namun tidak membabitkan plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Sumber:Bernama

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments