Saturday, April 18, 2026
UtamaBeritaLesen Kenderaan Motor bercetak tidak lagi akan diedarkan selepas 1 Feb 2026

Lesen Kenderaan Motor bercetak tidak lagi akan diedarkan selepas 1 Feb 2026


POS Malaysia semalam mengesahkan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan mengedarkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bercetak bermula 1 Februari 2026.


Ini bermakna, perkhidmatan untuk mencetaknya melalui kiosk Pos Malaysia juga akan dihentikan pada tarikh tersebut.
Ini bukanlah satu perubahan yang baharu.


Pihak JPJ sudahpun mengatakan sebelum ini bahawa LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudahpun boleh dipamerkan melalui aplikasi MyJPJ sekiranya ia perlu ditunjuk kepada pegawai-pegawai yang memintanya.


Ini juga cukup menarik kerana pada minggu lepas dilaporkan bahawa rakyat kini boleh meminta untuk kad lesen memandu dicetak secara fizikal dengan bayaran sebanyak RM20.

Lesen fizikal mungkin akan diperlukan sekiranya pengguna mahu mendaftar untuk International Drivers’ License untuk memandu di luar negara.

Pihak Pos Malaysia juga telah mengatakan bahawa mereka yang masih mahu pelekat Lesen Kenderaan Motor akan perlu mencetaknya di lokasi-lokasi Pos Malaysia sebelum tarikh 1 Februari 2026 sebelum perkhidmatan tersebut dihentikan.

Sumber: Pos Malaysia

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments