Wednesday, April 22, 2026
UtamaBeritaPM Anwar doa kesejahteraan Sultan Hassanal jalani rawatan kesihatan

PM Anwar doa kesejahteraan Sultan Hassanal jalani rawatan kesihatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa kesejahteraan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, beliau mendoakan agar baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

“Semoga Baginda Tuanku terus kekal qarar memerintah Negara Brunei dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Hassanal dijadual menjalani rawatan kesihatan yang telah dirancang lebih awal di Jerudong Park Medical Centre, Brunei, pada 18 Jan ini.

Pengumuman khas berhubung perkara itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Seri Halbi Mohd Yussof menerusi siaran langsung di saluran media rasmi kerajaan Brunei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, baginda akan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre.

Sumber: Astro awani


RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments