Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaPulau Pinang sedia ganda program STEM tahun depan

Pulau Pinang sedia ganda program STEM tahun depan

GEORGE TOWN, 9 Disember 2025 : Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal menggandakan penganjuran program berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun depan sebagai usaha memperkukuh pembangunan bakat masa depan selaras dengan keperluan industri.

Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo berkata komitmen itu lahir daripada perbincangan yang diadakan dalam mesyuarat bersama agensi berkaitan.

“Tahun depan amat penting bagi kita. Mesyuarat yang baru selesai ini memfokuskan kepada perancangan untuk menggandakan program STEM kerana itu keutamaan kami,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jagdeep berkata program peringkat akar umbi perlu diperkasakan kerana pendedahan awal kepada sains dan teknologi akan membina asas kukuh dalam melahirkan tenaga mahir yang diperlukan sektor industri negeri.

Beliau berkata tahun ini sahaja menyaksikan 110 program STEM melibatkan 236,000 pelajar dan angka itu dijangka meningkat secara signifikan pada 2026 melalui penyelarasan program merentasi semua agensi negeri.

Jagdeep berkata sektor teknologi Pulau Pinang kini melibatkan lebih 500 syarikat multinasional (MNC) dan lebih 7,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk kekal berdaya saing di peringkat global.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memohon sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan bagi memperluaskan program STEM di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

— BERNAMA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments