Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang jadi perintis lancar projek dana untuk keluarga Palestin

Pulau Pinang jadi perintis lancar projek dana untuk keluarga Palestin

GEORGE TOWN, 30 Oktober – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melancarkan projek kutipan dana di masjid seluruh negeri itu bagi membantu keluarga Palestin di Gaza meneruskan kehidupan.

Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata Pulau Pinang menjadi perintis bagi projek itu yang dilaksanakan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Yayasan Nurul Islam.

“Kita ingin melancarkan gerakan keluarga angkat Gaza daripada masjid setiap masjid yang ada di Pulau Pinang supaya turut bersama semua anak kariah untuk menyumbang supaya kita dapat sampaikan wang bantuan kepada keluarga di Gaza.

“Kita harap bilangannya akan bertambah banyak dan Alhamdulillah nampaknya sokongan daripada Timbalan Ketua Menteri membantu mempromosi projek ini dan ini adalah projek yang satu-satunya di Malaysia”, katanya pada Majlis Kesyukuran, Bacaan Yassin dan Doa Selamat Projek Keluarga Angkat Gaza di Masjid Al-Bukhary di sini malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Pengerusi MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid serta Pengerusi Yayasan Nurul Islam Prof Madya Dr Shaik Abdullah Hassan.

Sementara itu, Shaik Abdullah berkata dana tersebut akan digunakan bagi menyara keluarga angkat di Gaza termasuk untuk pendidikan, kesihatan, khemah dan membina semula rumah mereka yang musnah.

Beliau berkata projek itu dilaksanakan di masjid di Pulau Pinang sebagai perintis sebelum ia diperluaskan ke negeri lain dan masjid dipilih kerana ia lokasi tumpuan masyarakat Islam.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments