Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaJabil Care Bawa Senyuman Buat Kanak-Kanak Istimewa

Jabil Care Bawa Senyuman Buat Kanak-Kanak Istimewa

BUKIT MINYAK, 13 Okt – Senyuman terukir di wajah 50 kanak-kanak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Minyak apabila mereka diraikan dalam Program Deepavali Outreach anjuran Jabil Care, di sini hari ini.

Wakil Jabil Immy Nur Arman Ibrahim berkata program tersebut menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Jabil Care untuk membawa kegembiraan dan penghargaan kepada golongan istimewa, terutama ketika musim perayaan.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi keceriaan kepada anak-anak istimewa, tetapi juga mengingatkan kami di Jabil tentang nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang menyatukan kita semua,” katanya.

Aktiviti lain turut dijalankan seperti pertandingan mewarna dan persembahan nyanyian yang menceriakan suasana, selain penyampaian hamper Deepavali kepada setiap peserta.

Pengerusi PPDK Bukit Minyak Choo Chin Nam, merakamkan penghargaan kepada pihak Jabil atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap anak-anak istimewa di pusat tersebut.

“Sumbangan ini sangat bermakna buat anak-anak di sini dan membawa cahaya kegembiraan kepada keluarga kecil kami di PPDK,” ujarnya.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments