Friday, December 5, 2025
UtamaBeritaKadar indeks jenayah di Pulau Pinang terkawal – Azizee

Kadar indeks jenayah di Pulau Pinang terkawal – Azizee

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Pulau Pinang baharu, Dato’ Ts. Azizee Ismail di sini semalam.

Mengiringi beliau, Ketua Cawangan Khas Negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC), Dato’ Winston Tan Thye Wah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Zailanni Amit dan Pegawai Khas kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Inspektor Mohd. Afif Mohd. Fo’aa.

image 158
SEKITAR kunjungan hormat di Komtar semalam

Dalam pertemuan tersebut, antara yang dibincangkan adalah berhubung kadar jenayah di Pulau Pinang serta langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan dan lain-lain hal berkaitan.

Azizee memaklumkan bahawa secara keseluruhan, kadar indeks jenayah di negeri Pulau Pinang adalah terkawal, dan pihaknya akan meneruskan khidmat bakti serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Malah, beliau juga sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mengekalkan ketenteraman awam di negeri ini.

Difahamkan, Azizee sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman menggantikan Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ALISSALA THIAN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments