Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang perkenal modul STEM-Q

Pulau Pinang perkenal modul STEM-Q

SEBERANG JAYA, 19 Ogos -Kerajaan Pulau Pinang mengambil inisiatif menggalakkan minat pelajar terhadap bidang Sains Teknologi dan Matematik (STEM) melalui pelaksanaan modul STEM-Q dengan mengintegrasikan nilai Islam dan prinsip saintifik Al-Quran.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri pihaknya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.45 juta bagi melatih 150 guru Pendidikan Islam agar menguasai bidang STEM selain membekalkan buku panduan untuk pelaksanaan modul tersebut.

Menurutnya, seramai 70 guru telah mengikuti program Training of Trainers (ToT) di Melaka bagi menjayakan program tersebut dengan lagi guru akan mula dilatih pada Oktober ini, di Pulau Pinang.

“Kita melancarkan modul STEM-Q iaitu program yang kita berkerjasama di antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan Yayasan Restu dengan peruntukan yang diberikan sebanyak RM1.45 juta bagi melatih guru-guru Pendidikan Islam menguasai bidang STEM dengan kaedah penggunaan Al-Quran itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sesi Dialog Awam Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan Bersama Institusi-institusi Pendidikan Islam Pulau Pinang dan Pelancaran Modul Stem-Q, di sini.

Tambah beliau, menerusi modul STEM-Q, ia diharapkan dapat meningkatkan minat serta mencungkil bakat pelajar Islam untuk mengambil jurusan STEM di tingkatan empat .

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments