Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaKarnival Jiwa Merdeka Malaysia MADANI 2025 Kukuhkan Perpaduan, Semangat Patriotisme

Karnival Jiwa Merdeka Malaysia MADANI 2025 Kukuhkan Perpaduan, Semangat Patriotisme

BUKIT MERTAJAM, 11 Ogos – Karnival Jiwa Merdeka Malaysia MADANI 2025 yang dianjurkan di perkarangan Lotus’s Alma pada Jumaat berjaya menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus membuktikan komitmen penganjur dalam memupuk perpaduan dan semangat cintakan negara.

image 77
Lee Khai Loon menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam menjayakan program seumpama ini.

Antara tarikan utama termasuk Night Fun Walk, Konsert PENTARAMA, pameran agensi kerajaan, pameran automotif, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam, permainan interaktif serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok Lee Khai Loon berkata penganjuran karnival itu menghidupkan suasana menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan memberi ruang kepada masyarakat berinteraksi dan mengeratkan hubungan dengan kaum lain.

“Apabila semua pihak berganding bahu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu, harmoni dan saling memahami,” katanya.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Machang Bubok itu menjadi platform mengukuhkan silaturahim antara keluarga dan komuniti setempat.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Jamil Zainul, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai Bernard Chin dan Penguasa Kanan Bomba Azhar Hamat.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments