Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaZakat MAINPP peruntuk RM3 juta taja latihan TVET asnaf Pulau Pinang

Zakat MAINPP peruntuk RM3 juta taja latihan TVET asnaf Pulau Pinang

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) memperuntukkan RM3 juta setahun bagi menaja latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, sejak 2019, seramai 120 pelatih telah mengikuti kursus kemahiran di institusi terpilih.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam kolaborasi dengan Zakat MAINPP ialah Penang Skills Development Centre (PSDC), Akademi Binaan Malaysia Cawangan Changlun, GRAB Malaysia, dan Kulim Advanced Technology.

image 65
Mohamad (memegang bendera Pulau Pinang) melakukan pelepasan pelatih TVET tajaan Zakat MAINPP, pada Selasa.

“Ini antara usaha dan iltizam kerajaan negeri melalui MAINPP dalam mengiktiraf kepentingan projek agihan zakat berkaitan kemampanan sosioekonomi umat Islam, seiring dengan pelbagai ranah membangun Malaysia Madani.

“Kolaborasi rakan sinergi ini bertujuan memanfaatkan kekuatan, sumber, dan kepakaran kolektif untuk menghadapi cabaran dalam masyarakat, khususnya asnaf zakat, serta menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dalam pemerkasaan sosial dan ekonomi di negeri Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Therapy dan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Muhammad Kairi Ghazali dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, setiap peserta perlu menjalani latihan selama enam bulan, selain diberikan jaminan peluang pekerjaan melalui Memorandum Persefahaman antara pusat latihan dan syarikat-syarikat industri.

Beliau berkata, melalui program ini, seramai 58 usahawan asnaf berjaya menjadi pembayar zakat, dan MAINPP menyasarkan lebih ramai akan keluar daripada kemiskinan pada masa akan datang.

Dalam masa sama, beliau berkata, Zakat MAINPP berharap kutipan zakat tahun ini dapat mencecah RM200 juta, sekali gus membolehkan peruntukan TVET ditingkatkan daripada RM3 juta kepada RM5 juta setahun.

Sumber : Sinar Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments