Saturday, May 30, 2026
UtamaBeritaPenang FC akan bangkit menentang Melaka FC – Wan Rohaimi

Penang FC akan bangkit menentang Melaka FC – Wan Rohaimi


GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC akan bangkit pada perlawanan kedua apabila menentang Melaka FC pada 13 Ogos (Piala FA) dan 17 Ogos (Liga Super).

image 53

Itu yang dijanjikan oleh Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail dalam satu sidang media sejurus tamat perlawanan Penang FC dan Terengganu FC di Stadium Bandaraya semalam.

Pada perlawanan tersebut Penang FC tewas 0-3 kepada Terengganu FC.

image 54

“Saya boleh katakan kami akan bangkit dengan variasi berlainan untuk perlawanan seterusnya.

“Kita perlu betulkan segala kesilapan yang kita lakukan, seperti memberi gol mudah kepada pihak lawan.

“Anak-anak buah saya berjaya mengekang pihak lawan pasa separuh masa pertama namun segala kesilapan mudah berlaku pada babak kedua,” ujarnya kepada pemberita.

Difahamkan seramai 5,000 penyokong Penang FC hadir memberi sokongan walaupun dalam cuaca hujan.

image 56

Turut hadir memberi semangat kepada Penang FC, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato’ Azrul Mahathir Aziz; Ahli-ahli DUN dan Ahli-ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments