Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPembersihan pantai Teluk Bahang kutip 128.5 kilogram sampah

Pembersihan pantai Teluk Bahang kutip 128.5 kilogram sampah

TELUK BAHANG – Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan Sasar Pembersihan Pantai 2025 disifatkan sangat penting bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan kawasan pantai.

Menurut Ketua Cawangan Pembangunan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Nor Haida Ishak, program tersebut juga bertujuan membersihkan pantai khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong seperti Teluk Bahang.

image 12
NOR Haida Ishak.

“Teluk Bahang dipilih sebagai lokasi kerana kedudukannya yang strategik sebagai kawasan tumpuan pelancong, selain berhampiran dengan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut.

“Kita mahu mengelakkan pencemaran laut yang boleh mengganggu ekosistem kehidupan marin dan mengekalkan keindahan pantai sebagai destinasi pelancongan utama.

“Di samping itu, program seumpama ini mengeratkan hubungan antara komuniti tempatan dan warga jabatan,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara dalam satu program di sini semalam.

image 14
PEJABAT Perikanan Negeri Pulau Pinang menyumbangkan tong sampah dan penyapu kepada komuniti nelayan sebagai usaha bersama menjaga kebersihan persekitaran pantai.

Mengulas hasil aktiviti pembersihan, Nor Haida memaklumkan sebanyak 128.5 kilogram sampah berjaya dikutip sepanjang program berlangsung.

“Jumlah ini membuktikan betapa pentingnya kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar bagi memastikan pantai kita bebas daripada ancaman sampah sarap.

“Program ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk komuniti nelayan yang berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti pembersihan tersebut,” ujarnya.

image 16
KOMUNITI nelayan bersama hasil kutipan sampah menunjukkan semangat kerjasama dalam memastikan kawasan pantai kekal bersih.

Difahamkan bahawa program seumpama ini pernah dianjurkan di Pulau Aman sebelum ini melalui konsep gotong-royong bersama komuniti setempat yang berjaya memberikan impak positif terhadap kebersihan pantai.

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang berharap program ini dapat dijadikan inisiatif berterusan bagi memastikan pantai-pantai di negeri ini kekal bersih dan terpelihara untukgenerasi akan datang.

Teks & Gambar : M. DANESWARAN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments