Saturday, April 25, 2026
UtamaBeritaFahmi hadiri pertemuan dengan JPKK Pulau Pinang

Fahmi hadiri pertemuan dengan JPKK Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 30 Jun- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghadiri perjumpaan bersama kakitangan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi (JPKK) Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth di sini.

Perjumpaan bermula kira-kira pukul 2.00 petang itu melibatkan seramai 60 wakil daripada lapan agensi termasuk RTM, Jabatan Penyiaran (JAPEN), BERNAMA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Telekom Malaysia (TM).

Dalam pada itu, Datuk Fahmi turut mengadakan lawatan tapak ke PICCA bagi meninjau persiapan lokasi bagi penganjuran Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 16 September depan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth.

Beliau meneruskan program sebelah petang dengan menguji kualiti liputan MCMC dengan menaiki bas dari PICCA ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Yayasan Aman.

Datuk Fahmi kemudian meninjau Kempen Internet Selamat di NADI serta menyertai sesi sembang santai Komuniti MADANI bersama penduduk Daerah Seberang Perai Tengah.

Sumber: Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments