Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaBAKTI MADANI USM Warnai Kampung Permatang Bertam dengan Aktiviti Komuniti

BAKTI MADANI USM Warnai Kampung Permatang Bertam dengan Aktiviti Komuniti

KEPALA BATAS – Seramai 47 penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menyertai Program BAKTI MADANI yang bermula pada 26 Jun 2025 sehingga 29 Jun 2025 di Kampung Permatang Bertam, Kepala Batas.

Majlis perasmian program yang bertemakan khidmat komuniti dan pembinaan jati diri mahasiswa itu telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Azizah Omar, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM.

image 149



Program BAKTI MADANI ini merupakan hasil kerjasama strategik antara USM Pulau Pinang, KEMAS Negeri Pulau Pinang, Pusat Khidmat ADUN Bertam, JPKKP Permatang Bertam, Masjid Al-Jamiul Badawi dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Pulau Pinang.

Terdahulu, Pengerusi Qaryah Masjid Al-Jamiul Badawi yang juga Pengerusi JPKKP Permatang Bertam, YBhg. Dato’ Haji Shariful Azhar Othman, mengalu-alukan kehadiran para peserta dan pegawai pengiring dari USM. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak universiti kerana memilih kampung tersebut sebagai lokasi program, selain mengucapkan terima kasih kepada 16 keluarga angkat dari Kampung Permatang Bertam dan Kampung Permatang Manggis yang sudi menerima para peserta sebagai anak angkat sepanjang tempoh program berlangsung.

Menurut beliau, program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat kampung di samping memberi pengalaman bermakna kepada para peserta.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program, antaranya Fit Kampung (Brisk Walk), Gotong-Royong Desa Ceria, Malam Kebudayaan, Malam Kerohanian sempena Maal Hijrah, serta acara kemuncak Program Santunan Desa KEMAS Penang 2025 yang akan berlangsung selama dua hari di Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma’arifil Wataniah (DMW 1), Kepala Batas.

image 151



Turut hadir memeriahkan majlis perasmian ialah Encik Mohd Hafiz Mohd Rafee, Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang; Encik Muhammad A’fif Dato’ Haji Osman, Pengarah Operasi J-Kom Pulau Pinang; Encik Mohd Arif Esa, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM dan Encik Muhammad Amiruddin Abdul Manaf, Naib Yang Di-Pertua III MPP USM yang juga Pengarah Program.

Program ini diharap dapat memberi impak positif dalam membina mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berjiwa masyarakat dan peka terhadap realiti kehidupan rakyat.

image 147
RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments