Saturday, December 6, 2025
UtamaBeritaMediasi industri jimat RM60 juta kos pekerja dan majikan – Steven

Mediasi industri jimat RM60 juta kos pekerja dan majikan – Steven

GEORGE TOWN – Proses mediasi berjaya menjimatkan lebih RM60 juta kos perbicaraan kepada majikan dan pekerja di negara ini sepanjang tahun lalu,” kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata, sebanyak 65 peratus kes yang dirujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan berjaya diselesaikan melalui mediasi oleh Pegawai Perhubungan Perusahaan (IRO) mewakili lebih 3,000 kes sepanjang tahun lalu, sekali gus mengelakkan ia dibawa ke Mahkamah Perusahaan.

“Jika satu kes menelan kos purata RM20,000, maka proses mediasi telah menjimatkan kos lebih RM60 juta pada tahun lalu. Ini bukti bahawa mediasi bukan sahaja efisien dari segi masa dan kos, malah membantu mengekalkan keharmonian industri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Steven berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Simposium Mediasi Industri 2025 anjuran Persatuan Mediator Komuniti JP Pulau Pinang (SJPCMP) yang berlangsung di sebuah hotel di sini, pada Sabtu lalu.

Penganjuran itu turut menyaksikan seramai 21 mediator senior dilantik secara rasmi sebagai mediator mahkamah pertama di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, sekali gus menjadi kumpulan perintis di seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Steven turut menjelaskan bahawa sebelum sesuatu kes dibawa ke mahkamah, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sudah menggunakan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) seperti sesi rundingan untuk menyelesaikan isu secara damai.

Sementara itu, Pengerusi penganjur, Peter Chung dalam ucapannya berkata, sejak 2019, mediator komuniti di Pulau Pinang telah membantu menyelesaikan pertikaian masyarakat dan mengurangkan beban mahkamah.

Beliau menyeru agar semua pihak menerima mediasi sebagai tiang kepada keharmonian industri dan masyarakat.

Untuk rekod, seramai 122 Pegawai Perhubungan Perusahaan kini berperanan sebagai pendamai di seluruh negara dan telah menerima latihan mediasi profesional melalui kerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Turin, Pusat Mediasi Kuala Lumpur dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments