Friday, December 5, 2025
UtamaBerita106 Sukarelawan Bersihkan Pantai Bagan Ajam

106 Sukarelawan Bersihkan Pantai Bagan Ajam

BUTTERWORTH, 17 Jun – Pantai Bagan Ajam kembali bersih dan indah hasil usaha 106 sukarelawan yang menyertai Program Beach Cleanup Siri 2 anjuran Alumni Politeknik Seberang Perai (PSP) bersama Team Lestari RnR, di sini kelmarin.

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan bacaan doa dan taklimat keselamatan sebelum aktiviti pembersihan dijalankan secara berkumpulan melibatkan alumni, pelajar, kakitangan PSP serta ahli keluarga dan komuniti setempat.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi fokus kepada pembersihan pantai daripada sampah dan sisa plastik, malah turut memberi penekanan terhadap kesedaran amalan 3R (reduce, reuse, recycle) serta usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, bandan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal Chee Yeeh Keen, turut hadir memberikan sokongan terhadap program ini.

“Setiap sampah berpunca daripada tangan manusia, perubahan bermula dengan diri sendiri dan jangan buang sampah merata-rata,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Alumni PSP, Norzawati Ahmad.

Pengarah PSP Ruzi Hamzah, menyatakan komitmen institusi terhadap penganjuran program seumpama ini sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyokong dasar kelestarian kerajaan.

-AA-

Laporan/foto: Viji Kiruthika Sondaraj

Sumber : MalaysiaAktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments