Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaCAP gesa kerajaan tegas, haramkan rokok dan vape

CAP gesa kerajaan tegas, haramkan rokok dan vape

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap semua produk merokok dan vape demi melindungi rakyat daripada ancaman ketagihan nikotin dan dadah.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, larangan separa yang diamalkan sebelum ini jelas gagal dan mudah dielakkan oleh syarikat-syarikat industri yang menggunakan pelbagai taktik halus untuk mengekalkan keuntungan.

Menurut beliau, pengguna perlu didedahkan dengan ‘Dokumen Legasi’, iaitu arkib lebih 14 juta dokumen dalaman syarikat tembakau yang didedahkan kepada umum susulan litigasi di Amerika Syarikat pada 1990-an.

image 169
Mohideen Abdul Kader.

“Dokumen tersebut membongkar bagaimana industri memanipulasi sains, pemasaran dan dasar awam demi kepentingan sendiri.

“Laporan Tobacco Explained oleh Clive Bates dan Andy Rowell juga menyifatkan penipuan industri tembakau sebagai “penipuan korporat paling sistematik sepanjang masa”, termasuk taktik menyebar maklumat mengelirukan, melobi kerajaan, dan menutup kegiatan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Meskipun Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) mula dilaksanakan sejak 2003, industri terus mengambil kesempatan melalui produk baharu seperti e-rokok (ENDS) dan produk tembakau dipanaskan (HTP) yang dilihat mengaburi pandangan umum terhadap risiko sebenar nikotin,” katanya dalam kenyataan media sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2025.

Tambah Mohideen, promosi terhadap vape sebagai ‘lebih bersih dan moden’ adalah mengelirukan.

“Produk ini juga menjadi medium penyalahgunaan dadah termasuk THC, fentanyl dan bahan halusinogen sintetik.

“Di Malaysia, vape bercampur ganja sudah wujud sejak 2015 manakala pada 2023, produk dikenali sebagai “Magic Mushroom” dikesan mengandungi koktel dadah sintetik.

“Sehubungan itu, CAP menyeru kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera bagi mengharamkan semua bentuk produk merokok dan vape sebelum lebih ramai menjadi mangsa ketagihan nikotin atau beralih kepada dadah yang lebih berbahaya,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments