Friday, April 24, 2026
UtamaBeritaPeKa B40: Sentuhan Prihatin Buat Warga Emas Jarak Atas

PeKa B40: Sentuhan Prihatin Buat Warga Emas Jarak Atas

TASEK GELUGOR, 26 Mei – Prihatin terhadap tahap kesihatan golongan berusia, Komuniti MADANI Jarak Atas telah menganjurkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang memberi tumpuan khusus kepada penjagaan kesihatan warga emas dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

Program yang berlangsung di pekarangan Dewan Komuniti Jarak Atas itu berjaya menarik penyertaan lebih 100 penduduk setempat, khususnya warga emas yang tampil untuk menjalani pelbagai saringan kesihatan secara percuma, di sini pada 25 Mei 2025.

image 155
Pemeriksaan kesihatan percuma dari Poliklinik Anda, Seberang Jaya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah saringan tekanan darah, pemeriksaan tahap gula dan kolesterol, kaunseling pemakanan serta senaman ringan yang direka khas mengikut keperluan usia emas.

Ketua Komuniti MADANI Jarak Atas Mohamad Jauhari Abd. Wahab, berkata program ini merupakan sebahagian daripada usaha komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan sejak usia lanjut terutama dalam kalangan golongan B40.

“Kita tidak mahu warga emas terpinggir dalam aspek kesihatan.

“Melalui PeKa B40 mereka boleh mendapatkan saringan awal dan seterusnya rujukan kepada rawatan lanjut jika perlu, ini penting untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih serius,” katanya.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Poliklinik Anda Seberang Jaya, yang menghantar pasukan perubatan bagi menjalankan pemeriksaan dan memberi ceramah kesihatan kepada para peserta.

Menurut Dr. Hazariah Abu Hassan, program seumpama ini wajar diteruskan secara berkala bagi memastikan tahap kesihatan warga emas terus dipantau.

“Inisiatif seperti ini membuka peluang kepada lebih ramai warga emas khususnya dalam kalangan B40 untuk menikmati akses kepada perkhidmatan kesihatan asas tanpa bebanan kos,” ujarnya.

-ZS-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments