Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaMangsa ribut di Pulau Pinang, terima bantuan

Mangsa ribut di Pulau Pinang, terima bantuan

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Mangsa ribut di Kampung Kepala Batas Teluk Ipil dan Kampung Sungai Kechil, telah menerima bantuan.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan turut mendoakan agar mangsa terjejas diberi kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian tersebut.

“Berkesempatan menziarah ke rumah mangsa musibah ribut di Kampung Kepala Batas Teluk Ipil dan Kampung Sungai Kechil semalam.

“Saya melihat sendiri keadaan rumah yang terjejas. Kerosakan bumbung yang dialami perlu diperbaiki segera.

“Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan,” kata Fadhlina menerusi hantaran di Facebook beliau.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments