Tuesday, February 10, 2026
UtamaBerita6,781 kanak-kanak di Pulau Pinang alami gangguan pertuturan, purata masa tunggu rawatan...

6,781 kanak-kanak di Pulau Pinang alami gangguan pertuturan, purata masa tunggu rawatan cecah 205 hari – EXCO

GEORGETOWN: Seramai 6,781 kanak-kanak di negeri ini mengalami gangguan bahasa dan pertuturan, namun hanya terdapat tujuh ahli terapi pertuturan bertugas di Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang yang menjadikan purata masa menunggu rawatan mencecah hingga 205 hari pada tahun lalu.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, berkata permohonan menambah ahli terapi pertuturan sudah beberapa kali dibangkitkan pada peringkat Kementerian Kesihatan tetapi maklum balas diterima adalah tiada penambahan perjawatan dapat diberikan buat masa sekarang.

“Justeru, antara usaha Jabatan Pediatrik JKN Pulau Pinang ialah melatih ibu bapa agar rawatan dapat diteruskan secara kendiri, selain pelbagai bengkel dan latihan dianjurkan pihak jabatan supaya ibu bapa dapat membantu dalam rawatan anak-anak ini.

“Usaha ini juga bagi mengurangkan masalah masa menunggu rawatan yang lama. Selain itu, JKN turut mengusulkan kerjasama dengan hospital swasta dapat dijalankan supaya masa menunggu rawatan dapat dikurangkan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Heng Lee Lee (DAP-Berapit) yang meminta kerajaan negeri menyatakan data kanak-kanak berkeperluan khas dan berapa jumlah kanak-kanak yang mengalami gangguan bahasa berbanding jumlah pakar terapi bahasa di hospital kerajaan serta tempoh menunggu rawatan.

Mengulas lanjut, Zi Sen berkata, data kanak-kanak berkeperluan khas di Pulau Pinang menunjukkan trend meningkat daripada 4,547 orang pada 2021 kepada 6,165 orang, setakat Mei ini.

Daripada jumlah terkini itu, kategori masalah pembelajaran merekodkan angka tertinggi dengan seramai 5,264 kanak-kanak, diikuti orang kurang upaya (OKU) fizikal (326), OKU pelbagai (173), OKU pendengaran (233) dan OKU penglihatan (145).

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments