Friday, April 24, 2026
UtamaBeritaRS Selera Warisan diiktiraf kedai makan harga patut

RS Selera Warisan diiktiraf kedai makan harga patut


BATU UBAN – Premis nasi campur RS Selera Warisan di Kompleks Makanan Medan Suri, Sungai Nibong dianugerahkan sebagai Kedai Makan Harga Patut Daerah Timur Laut.

Menurut Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar, Dato’ Rashidi Zinol, penganugerahan tersebut diberi setelah premis memenuhi kriteria ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Daerah Timur Laut dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Program ini merupakan rentetan daripada dua program sama sebelum ini di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) yang mana pencalonan gerai dikemukakan oleh Pejabat Daerah dan pihak berkuasan tempatan (PBT).

“Alhamdulillah, hari ini kedai yang mendapat anugerah makanan pun sedap, harga berpatutan dan saya difahamkan menjadi tumpuan kakitangan awam dan golongan pekerja pada waktu tengah hari.

“Daripada pihak Kerajaan Negeri kita pun beri sedikit sumbangan sebagai penghargaan dalam menaikkan semangat pemilik dan menyokong inisiatif harga patut ini,” ujarnya sejurus menyampaikan Penganugerahan Pemenang Kedai Makan Harga Patut Daerah Timur Laut di Medan Suri di sini semalam.

image 82

Hadir sama, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN, Mohd Suffian Mohd Abass; wakil MBPP dan pemilik gerai, Rokiah Mohamad Noor.

Rashidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh berharap lebih ramai lagi pemilik premis mampu menyediakan harga patut kepada pelanggan di Pulau Pinang.

Selain harga, aspek lain turut dinilai seperti kebersihan, pelesenan dan lain-lain lagi.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD DAUD

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments