Monday, March 9, 2026
UtamaBeritaADUN Sungai Puyu Raikan Hari Ibu, Hargai Pengorbanan Wanita

ADUN Sungai Puyu Raikan Hari Ibu, Hargai Pengorbanan Wanita

SUNGAI PUYU, 11 Mei – Sempena sambutan Hari Ibu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Phee Syn Tze, merakamkan penghargaan kepada semua ibu di kawasannya atas pengorbanan dan kasih sayang dalam membesarkan anak-anak serta membina keluarga yang harmoni.

image 69
Syn Tze (paling kiri) ketika memberi ucapan perasmian bagi Program Sembang Santai Taman Lucky

“Hari Ibu adalah detik istimewa untuk kita mengenang jasa wanita yang menjadi tulang belakang kehidupan dalam melahirkan, mendidik dan menjadi sumber inspirasi.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu di mana jua anda berada,” ujar Syn Tze ketika ditemui wartawan Malaysia Aktif semasa program komuniti, di sini semalam.

image 71
Syn Tze (dua dari kiri) menyampaikan bunga kepada warga emas sebagai simbolik tanda sayang

Syn Tze turut menekankan pentingnya sokongan berterusan kepada golongan wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita bekerja agar mereka terus berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat.

“Kita perlu memastikan ibu diberi peluang adil dalam aspek pendidikan, kerjaya dan kesihatan selain memperkukuh dasar sokongan sosial serta memperjuangkan kesamarataan gender di semua peringkat,” katanya.

Sambutan Hari Ibu tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai program komuniti sekitar Sungai Puyu anjuran pusat khidmat ADUN bersama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, termasuk penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu warga emas serta bengkel kesihatan wanita.

-AA-

Sumber : MalaysiaAktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments