Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaKemalangan babit 12 kereta, Lebuh Raya BKE sesak 7km

Kemalangan babit 12 kereta, Lebuh Raya BKE sesak 7km

SEBERANG PERAI – Kemalangan melibatkan 12 kereta dan dua motosikal di Lebuh Raya Butterworth Kulim Expressway (BKE) di Kilometer (KM) 10.2 arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang di sini pagi tadi mengakibatkan aliran trafik sesak sehingga tujuh kilometer (km).

Menerusi aplikasi X @plustrafik, kemalangan berlaku pada pukul 6.43 pagi itu menyebabkan lorong kecemasan serta lorong kanan terhalang.

image 18 edited

Berdasarkan maklumat yang dikemaskini, sehingga pukul 8.10 pagi tadi, kesesakan aliran trafik dilaporkan sejauh tujuh km manakala laluan lorong kanan masih lagi terhalang.

Sementara itu, menerusi perkongsian pengguna media sosial, insiden tersebut melibatkan kemalangan berantai disebabkan sebuah kereta terbabas lalu mengakibatkan kereta lain merempuh dari arah belakang.

“45 minit jem dari turun Mengkuang Titi hingga ke tempat kejadian. Nak jadi cerita hari ini lalu ikut BKE,” ujar seorang pengguna media sosial.

image 20

“Pengguna laluan BKE memang laju, sebab tidak ada ‘speed trap camera’. Situ maksimum kelajuan 90 km/j. Harap tiada kecederaan serius,” balas seorang lagi pengguna.

Berdasarkan beberapa gambar dan video dimuat naik, terdapat deretan kenderaan yang rosak teruk dalam kemalangan terbabit antaranya Perodua Kancil, Myvi dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments