24 April 2025 – Tarikh keramat bagi semua lepasan SPM TAHUN 2024.Masing masing menunggu keputusan dengan penuh debaran.Tak kira murid,guru Dan ibu bapa.Rakan rakan admin yang anak mereka mengambil SPM 2024 turut merasai kerisauan tersebut.
Admin tidak mahu menulis atas mengulas tentang keputusan peperiksaan.Tapi,admin terfikir guru manakah yang mengurus emosi anak anak kita sepanjang mereka menduduki SPM atau peperiksaan yang lain.Admin bertanya kepada beberapa orang guru,PIBG Dan rakan rakan admin yang lain .
Dari penceritaan mereka,barulah admin dapat simpulkan bahawa rupanya Guru Bimbingan dan Kaunseling ini jarang disebut pada setiap kejayaan murid.Mana mungkin anak kita mampu berjaya jika emosi Dan mental mereka tidak stabil.
Admin bertanya kepada beberapa rakan admin yang menjadi guru tingkatan 5 .Apakah tugas guru bimbingan dan kaunseling sepanjang SPM?.Mereka menyatakan di sekolah mereka guru kaunseling ini akan berada setiap Pagi dengan guru akademik yang lain Dan biasanya mereka akan menyampaikan perkongsian dalam 5 minit cara gaya menerangkan diri sewaktu menjawab soalan.Mereka juga menunggu sehingga habis peperiksaan.
Ada rakan admin yang maklumkan,anak mereka ada yang menghadapai masalah anxiety sebelum Dan semasa peperiksaan.Bila ditanya cikgu mana yang membantu anak disekolah,mereka menjawab cikgu kaunseling.
Admin dapat simpulkan disini bahawa cikgu bimbingan Dan kaunseling sangat membantu anak anak kita disekolah dalam pembugaran minda sihat Dan kesejahteraan mental.
Jika pembaca tak percaya,taip Dan cari di google Program Minda Sihat.Anak admin yang berada di sekolah Menengah setiap tahun menjawab saringan minda sihat.Lebih baik lagi,jika ada anak kita yang dikesan tidak stabil emosi mereka,guru Bimbingan dan kaunseling orang pertama yang akan membantu menjalankan intervensi.
Mungkin ada yang perasan,Penang kini pernah menulis artikel tentang kempen JOM MAI SPM 2 minggu sebelum SPM 2024 bermula.Admin bertanya kepada beberapa orang cikgu,biasanya guru mana yang akan pergi kerumah murid yang tidak hadir ke sekolah? Jawab rakan admin yang akan ke rumah murid ini memang guru kaunseling dan Pengurusan sekolah.Bukan itu sahaja,rupanya cikgu kaunseling ini hari hari menghubungi anak murid mereka yang tidak hadir.MasyaAllah besar sungguh jasa mereka.
Apapun,admin nak ucap terima kasih pada semua cikgu yang mendidik anak anak kami.Maaf la anak anak kami.Kadangkala ada yang nakal di sekolah.Admin doakan semua cikgu SUKSES Dan SIHAT.

