Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaPulau Pinang, Selangor dan Johor dominasi eksport Malaysia Mac lalu

Pulau Pinang, Selangor dan Johor dominasi eksport Malaysia Mac lalu

KUALA LUMPUR, 28 April – Lima negeri utama menyumbang sebanyak 85.2 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan Malaysia yang berjumlah RM137.3 bilion pada Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama, diikuti Selangor, Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Prestasi eksport yang lebih baik berbanding bulan sebelumnya turut disokong oleh peningkatan eksport di empat negeri, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Kelantan.

Sementara itu, nilai import negara mencatatkan penyusutan sebanyak 2.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam kategori import, Selangor mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 24.5 peratus, diikuti Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments