Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaTerus beri sokongan kepada program-program Kerajaan Negeri – Exco

Terus beri sokongan kepada program-program Kerajaan Negeri – Exco

PANTAI JEREJAK – Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol menzahirkan rasa bangga dengan penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak yang sering memberikan sambutan meriah tanpa mengira program.

Jelasnya, setelah dua tahun diberi mandat sebagai ADUN kawasan tersebut beliau sendiri teruja melihat penglibatan masyarakat setempat terutamanya dalam program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

image 92

“Besar atau kecil sesuatu program tersebut, penduduk-penduduk di KADUN Pantai Jerejak sentiasa memberikan sokongan yang padu.

“Oleh itu, saya harap sokongan ini akan berterusan terutamanya dalam program-program Kerajaan Negeri yang melibatkan kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan,” ujarnya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 KADUN Pantai Jerejak di Dewan Serbaguna Pasar Awam Bayan Baru di sini pada 20 April 2025.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Pegawai Daerah bagi Daerah Barat Daya, Dato’ Rosli Halim; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

image 94

Tze Tzin dalam pada itu mengingatkan komuniti untuk menyimpan air yang mencukupi sebagai persediaan menghadapi gangguan air berjadual bermula 25 April ini.

“Ada beberapa kawasan di Parlimen Bayan Baru ini berada di hujung agihan paip PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) terutamanya di kawasan Batu Maung dan Sungai Ara serta kawasan tinggi.

“Jadi saya ingin ingatkan agar simpan air secukupnya sekurang-kurangnya untuk 60 jam, kita tidak mahu gangguan akibat pemasangan paip baharu dan kerja-kerja pembaikan ini menjejaskan kualiti hidup seharian kita,” katanya.

Selain hidangan juadah hari raya yang menarik, ribuan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments