Thursday, December 4, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang jadi lokasi sambutan Hari Penjara ke-235, 17 Mei ini

Pulau Pinang jadi lokasi sambutan Hari Penjara ke-235, 17 Mei ini

Kajang: Pembinaan penjara moden pertama di Pulau Pinang menjadikan negeri itu dipilih sebagai lokasi penganjuran sambutan Hari Penjara ke-235 pada 17 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, pemilihan itu adalah signifikan kerana pihaknya mahu memaparkan evolusi jabatan berkenaan pada sambutan kali ini.

“Pada sambutan kali ini di Padang Kota, Pulau Pinang, kita akan dapat mengimbau kembali permulaan institusi ini berkhidmat bagi menempatkan penghuni penjara secara berperikemanusiaan.

“Tempoh evolusi 235 tahun ini adalah proses yang panjang dan saya harap sambutan ini dapat mendedahkan orang ramai dengan peranan penjara dalam pengasingan prospek (banduan) sebelum mengembalikan mereka kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni: Kepimpinan Koreksional dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Penjara Malaysia di Kompleks Penjara Kajang, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Awang Alik Jeman.

Terdahulu, Abdul Aziz mengiringi Awang menyantuni warga jabatan berkenaan dalam majlis itu yang turut membabitkan lapan institusi penjara serta rakan strategik institusi terbabit.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments