Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaKerajaan Negeri Pulau Pinang, MAINPP seru solidariti bersama Palestin, kutuk serangan Israel

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, MAINPP seru solidariti bersama Palestin, kutuk serangan Israel

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengecam segala bentuk tindakan tidak berperikemanusiaan dalam jenayah perang oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang turut membabitkan korban petugas kemanusiaan jelas mencabuli perjanjian gencatan senjata.

“Tindakan Israel sehingga menyebabkan korban terhadap petugas kemanusiaan melanggari hak petugas kemanusiaan seperti termaktub dalam Konvensyen Geneva yang melindungi petugas kemanusiaan dalam zon peperangan.

“Serangan Israel juga mencalarkan kesucian Ramadan kepada umat Islam yang menjalani ibadah puasa khususnya di Palestin,” katanya dalam kenyataan media, pada 19 March 2025.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP menggesa rakyat dan umat Islam Pulau Pinang terus bersolidariti menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas.

“Saya turut menyeru supaya kita semua bersatu dalam menyalurkan sokongan dan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin yang berdepan kezaliman rejim Israel,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan lapan petugas warga Palestin syahid dalam serangan udara Israel di Beit Lahiya, Utara Gaza, Sabtu lalu.

Serangan berlaku ketika petugas berkenaan sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Mereka yang terkorban ialah Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad.

Sumber : Berita Harian Online

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments